Hujung minggu ini aku bakal ketemu kawan2 lama yang telah lama terpisah. Bayangkan lebih dari 20 tahun. Macam2 ada di fikiran masing2. Pastinya cuba mengingat wajah kawan2 semasa muda remaja dulu.
Aku memang telah lama ingin bertemu kawan2 namun dulu banyak sangat halangannya. Sang suami la..Dia tidak pernah suka kalau aku ingin menghadiri majlis2 sebegini. Tidak tahulah kenapa. Aku juga ada rasa rendah diri, kerana aku tidak suka kalau kawan2 bertanya mengenai suamiku. Well, now tidak lagi. Semua itu telah berlalu. Kini aku bebas berbuat apa yang aku suka. Jumpa kawan2 dan saling bertukar cerita pasti hebat.
Aku ikhlas. Aku cuma ingin bertemu melepas rindu. Tidak ada satu memori buruk pun yang aku ingat. Yang aku bayangkan wajah masing2 ketika tersenyum dan bergelak ketawa. Aku harap pertemuan kali ini dapat mendatangkan suatu keindahan buat kehidupan aku. Dan lagi satu, aku dapat meluaskan network aku. Almaklumlah..bidang kerja aku ini, kena cari customer bukan customer cari aku.
Apa2 pun aku akan update blog ini dengan cerita2 menarik tentang kawan2 aku. Selamat malam!
Khamis, 28 April 2011
Selasa, 26 April 2011
Cabaran
Aku sejak dari kecil memang penggeli kepada haiwan perosak rumahtangga seperti tikus, cicak, lalat, lipas dan yang sewaktu dengannya. Hmm..kalau dulu bolehlah aku lepas tangan andai terdapatnya mahluk ini di dalam rumahku. Semuanya ku serahkan bulat2 pada sang suami. Tetapi kini tentunya berbeza. Almaklumlah kan..kita dah solo ni. Nak harapkan anak2. Mereka pun sejantina dengan aku. Sudah tentu penggeli macam aku juga.
Sejak kebelakangan ini agak selalu si 'cencurut' masuk ke dalam rumah aku. Nak katakan banyak sisa makanan, tidak juga. Aku amat jarang memasak sejak kebelakangan ini. Ada lubang yang tidak ku ketahui di mana yang menyebabkan si 'cencurut' ini bebas keluar masuk. Setelah di amati aku rasa melalui tingkap dapur bahagian atas yang bercermin condong. Macam mana aku nak atasi masalah ini? Terpaksa aku memanggil abang sulung untuk membantu. Sementara itu aku giat memasang perangkap untuk menewaskan si 'cencurut'. Tetapi aku memang tidak berani untuk membuang mangsa yang terperangkap itu....Inilah cabaran yang agak besar untuk aku. Memang bukan serius sangat kalau nak dibandingkan dengan masalah ibu2 tunggal lain di luar sana tetapi yang kecil ini memang aku rasa aku tidak dapat atasi. Aku amat geli dengan haiwan itu.
Sekarang aku akan memasang strategi untuk memastikan tiada lagi jalan masuk untuk si 'cencurut' . Maknanya aku kena 'renovate' tinggkap yang sedia ada. Yeah! wish me luck.
Itulah aku., si penggeli...yang cuba berlagak berani walau hakikatnya hanya Allah yang tahu.

Sabtu, 16 April 2011
Masih belum...
Sudah lama aku tidak berkesempatan untuk menuliskan coretan. Aku teramat sibuk dengan urusan kehidupan yang tidak pernah berpenghujung. Kadang kala aku alpa dan melupakan tujuan aku hidup di muka bumi ini. Ya! Allah sesungguhnya aku ini manusia yang lemah.
Hari ini barulah aku berpeluang menghabiskan masa dengan anak-anak ku. Melayani kehendak mereka sambil membawa mereka bersiar-siar. Aku tahu mereka merasa seperti ada yang kurang dalam kehidupan mereka, cuma mereka belum tahu bagaimana untuk meluahkannya. Yang ketara sejak akhir2 ini mereka sering menimbulkan masalah dan sering bertengkar sesama mereka dan juga aku.
Sekali sekala timbul jugak rungutan dari bibir yang sulung mengharapkan agar ayahnya kembali ke rumah dan tidak bekerja 'jauh'. Setiap kali itulah juga hatiku sayu. Menyesali keadaan yang terjadi dan mereka adalah mangsa keadaan. Jangan salah sangka, aku tidak menyesali keputusan yang ku ambil ini, cuma aku sedih..kerana sebagai ayah, dia tidak pernah mementingkan perasaan anak2nya sebelum membuat keputusan untuk menduakan aku. Sejak akhir2 ini dia tidak menghubungi anaknya seperti selalu dilakukan. Sebulan lepas dia telah diberhentikan kerja..(yang entah keberapa kali). Sales tak meet target. Tentulah dia ingin berjimat cermat antara kekasih dan anak2. Aku merasa kasihan pada anak2. Sesekali ada juga aku mendail nombornya dan memberi peluang kepada mereka untuk berbual dengan ayah mereka. Bodoh ke aku? Tidak, aku cuma mementingkan perasaan anak2 ku.
Tidak pernah hari yang berlalu aku tidak memikirkan cara yang terbaik untuk berterus terang dengan anak2ku. Banyak cerita mengenai emosi anak yang terganggu kerana ibu bapa mereka berpisah. Dan aku amat takutkan itu. Aku jadik insan yang begitu takut..Apatah lagi yang sulung itu selalu bercerita tentang sahabatnya..(ayah dan ibunya telah bercerai). Aku dapat rasakan dia merasai kesedihan sahabatnya itu. Ya Allah! Aku tidak sanggup lagi...belum lagi.
Aku berdoa dan terus berdoa, agar bila tiba hari itu nanti..mereka akan tabah seperti aku. Insyaallah. Mudah-mudahan...
Langgan:
Catatan (Atom)